Sunday, October 11, 2009

Hakikat...

Hakikatnya yang paling murah adalah dunia

Sesuai dengan sabda Baginda S.A.W yang bermaksud: Seandainya dunia ini senilai dengan sayap nyamuk di sisi Allah, nescaya Allah tidak akan memberi minum kepada orang kafir walaupun seteguk.” (Hadis hasan sahih riwayat Al-Tarmizi)
Tetapi hakikatnya dunia ini adalah murah dan Allah memberinya kepada sesiapa saja yang Dia kehendaki. Ramai yang menjadi korban kerana dunia dan hanya sedikit yang memanfaatkannya untuk akhirat.

Hakikatnya yang paling bernilai adalah Syurga Allah

Suatu hari Khalifah Umar bin Abdul Aziz berkata sambil mengenang nikmat Allah yang terlalu banyak untuknya: “Dahulu aku bermimpi mahu mengahwini sepupuku,anak khalifah,lalu aku mengahwininya. Kemudian aku berazam menjadi gabenor Madinah supaya tertegak yang makruf dan aku berjaya mendapatkannya. Kemudian aku bercita-cita menjadi Khalifah yang adil dan Allah mengurniakannya. Kini aku hanya inginkan Syurga tertinggi dan aku tidak tahu sama ada aku berhasil mendapatkannya atau sebaliknya.

Hakikatnya yang paling berharga adalah kaya jiwa

Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Bukanlah kekayaan dinilai daripada melimpahnya harta.Tetapi kekayaan yang sebenar adalah kaya jiwa.”
( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)





No comments:

Post a Comment