Sunday, November 1, 2009

Ibrah Yusuf Mendepani Biusan Cinta

CNTA ZULAIKHA MENJADI IKTIBAR

Allah SWT sudah pun mengajar manusia menguruskan cinta . Ia bagai minyak petrol.Gunanya unyuk menjana tenaga kerja. Kuasanya hebat dan mudah terbakar. Mudah menyambar apabila tersentuh. Justeru.manusia sudah awal-awal lagi diberitahu supaya berhahti-hati dengan cinta.
Pun demikian, manusia sering alpa mungkin kerana kurang kasih sayang dalam kehidupan ramai yang tidak menyempat-nyempat mahu bercinta,sehingga ada yang sanggup mencari cinta sehingga menjadi pemburu cinta, konon tanpa cinta hidup tak bermakna.Dengan fikiran yang masih seputik jagung, bersama nafsu yang panas membara ramai yang dibius cinta.
Soal dibius cinta ini bukanlah soal baru.Ia sudah pernah berlaku. Dibius cinta adalah bencana yang menimpa wanita bergelar Zulaikha.Dia mabuk cinta bukan dengan AL-Aziz suaminya. Sebaliknya keberahiannya tumpah kepada anak muda yang dijaganya semenjak kecil iaitu anak angkatnya sendiri yang bernama Yusuf. Keinginannya kepada Nabi Yusuf AS menyebabkan wanita itu sanggup melakukan apa sahaja. Diperangkapnya Yusuf hingga terfitnah anak muda yang suci bersih itu.
“Apa yang engkau tahu pasal cinta?” bentak Zulaikha apabila ditegur rakannya.
“ Apa yang orang ramai tahu tentang perasaanku terhadap Yusuf? Mereka mengata, aku merasa. Aku yang menanggungnya!” begitulah mungkin bayangan kita tentang kata-kata Zulaikha semasa kemahuannya kepada Yusuf menjadi buah mulut orang.
Suaminya sudah menberi nasihat. Al-Aziz memberitahu Yusuf supaya melupakan kejadian baju terkoyak di kamar itu dan buat sang isteri, bertaubatlah kepada Allah.
“Wahai Yusuf,lupakanlah hal ini,dan engkau (wahai Zulaikha), mintalanh ampun bagi dosamu. Sesungguhnya engkau adalah dari orang–orang yang bersalah!” (Yusuf:29)
Bukan tidak jelas apa uyang diberitakan. Bukan tidak berhikmah apa yang dinasihatkan. Namun manusia yang dibius cinta sudah hilang pertimbangan fikirannya.
Zulaikha lebih nekad. Dikumpulnya teman-teman yang mengata. Mahu dibuktikan betapa cintanya bukan sebarangan, “Kamu yang tidak kena,tidak memahaminya”.



ZULAIKHA DIBIUS CINTA

“Dan (sesudah itu) perempuan-perempuan di Bandar (mencaci hal Zulaikha dengan) berkata: Isteri Al-Aziz itu memujuk hambanya (Yusuf) berkehendakkan dirinya, sesunggunhnya cintanya (kepada yusuf) itu sudahlah meresap ke dalam lipatan hatinya, Sesungguhnya kmai melihatnya berada di dalam kesesatan yang nyata!” ( Yusuf 12:30)
“Qad syaghafaha hubba!” Itulah ungkapan al-Quran tentang manusia yang dibius cinta. Keinginannya yang membuta tuli itu menyelinap masuk ke seluruh tubuh hingga terangkat segala rasa malu yang selama ini membentang diri daripada perbuatan yang mengundang kerendahan.Inilah yang sedang dialami oleh kawan-kawan kita yang ghairah dengan cinta. Cinta yang bukan sekadar buta,cinta yang bukan sekadar membius kewarasan minda, tetapi cinta yang akhirnya mengheret manusia ke dalam kesesatan yang nyata.
Kesesatan itu yang menjadikan Zulaikha gila. Dia mahu membuktikan bahawa dalam cintanya kepada Yusuf bukan dirinya yang bersalah. Yusuf dan rupa parasnya serta panahan cinta itu yang menggilakannya.Dikumpulkan teman-teman yang mengata itu tadi, untuk mereka pula diuji sihir cinta memandang Yusuf.
“Maka apabila ia (Zulaikha)mendengar cacian mereka,dia pun menjemput mereka dan menyediakan satu jamuan untuk mereka,serta memberi kepada tiap seorang di antara mereka sebilah pisau.Lalu pada ketika itu berkatalah ia (kepada Yusuf) : “keluarlah di hadapan mereka”. Maka ketika mereka melihatnya, mereka tercengang melihat kecantikan parasnya,dan dengan tidak sedar melukakan tangan mereka sambil berkata: “Jauhnya Allah daripada kekurangan!Ini bukanlah seorang manusia, ini tidak lain melainkan malaikat yang mulia”, (Yusuf:31)
Teman-teman yang mengata itu tadi juga terpukau. Bukan sahaja mata mereka tidak dapat lari memandang Yusuf,malah biusan cinta itu menyebabkan mereka melukakan tangan tanpa sedar. Justeru, berhasilah perangkap Zulaikha. Bahawa memang
selama ini mereka yang mengata itu berkata demikian kerana mereka tidak mengetahui
bahana cinta.


“Kini tahulah mereka apa yang menyeksa diriku selama ini”,demikian hati isteri Al-Aziz itu berdetik.
Bagi mereka yang bersungguh memegang iman,ketahuilah bahawa mujahadahmu mencegah diri daripada biusan cinta,harganya boleh sampai ke nilai sebuah PENJARA. Itulah pilihan Yusuf. Tidak tunduk kapada cinta,tidak tunduk kepada paksa,tidak tunduk kepada suasana. Yusuf meminta kepada Allah,andai penjara itu bisa menyelamatkan diri Baginda daripada dosa dan maksiat biusan cinta, PENJARA itulah mohon dikurniakan sebagai jalan keluarnya.