Sunday, November 1, 2009

Ibrah Yusuf Mendepani Biusan Cinta

CNTA ZULAIKHA MENJADI IKTIBAR

Allah SWT sudah pun mengajar manusia menguruskan cinta . Ia bagai minyak petrol.Gunanya unyuk menjana tenaga kerja. Kuasanya hebat dan mudah terbakar. Mudah menyambar apabila tersentuh. Justeru.manusia sudah awal-awal lagi diberitahu supaya berhahti-hati dengan cinta.
Pun demikian, manusia sering alpa mungkin kerana kurang kasih sayang dalam kehidupan ramai yang tidak menyempat-nyempat mahu bercinta,sehingga ada yang sanggup mencari cinta sehingga menjadi pemburu cinta, konon tanpa cinta hidup tak bermakna.Dengan fikiran yang masih seputik jagung, bersama nafsu yang panas membara ramai yang dibius cinta.
Soal dibius cinta ini bukanlah soal baru.Ia sudah pernah berlaku. Dibius cinta adalah bencana yang menimpa wanita bergelar Zulaikha.Dia mabuk cinta bukan dengan AL-Aziz suaminya. Sebaliknya keberahiannya tumpah kepada anak muda yang dijaganya semenjak kecil iaitu anak angkatnya sendiri yang bernama Yusuf. Keinginannya kepada Nabi Yusuf AS menyebabkan wanita itu sanggup melakukan apa sahaja. Diperangkapnya Yusuf hingga terfitnah anak muda yang suci bersih itu.
“Apa yang engkau tahu pasal cinta?” bentak Zulaikha apabila ditegur rakannya.
“ Apa yang orang ramai tahu tentang perasaanku terhadap Yusuf? Mereka mengata, aku merasa. Aku yang menanggungnya!” begitulah mungkin bayangan kita tentang kata-kata Zulaikha semasa kemahuannya kepada Yusuf menjadi buah mulut orang.
Suaminya sudah menberi nasihat. Al-Aziz memberitahu Yusuf supaya melupakan kejadian baju terkoyak di kamar itu dan buat sang isteri, bertaubatlah kepada Allah.
“Wahai Yusuf,lupakanlah hal ini,dan engkau (wahai Zulaikha), mintalanh ampun bagi dosamu. Sesungguhnya engkau adalah dari orang–orang yang bersalah!” (Yusuf:29)
Bukan tidak jelas apa uyang diberitakan. Bukan tidak berhikmah apa yang dinasihatkan. Namun manusia yang dibius cinta sudah hilang pertimbangan fikirannya.
Zulaikha lebih nekad. Dikumpulnya teman-teman yang mengata. Mahu dibuktikan betapa cintanya bukan sebarangan, “Kamu yang tidak kena,tidak memahaminya”.



ZULAIKHA DIBIUS CINTA

“Dan (sesudah itu) perempuan-perempuan di Bandar (mencaci hal Zulaikha dengan) berkata: Isteri Al-Aziz itu memujuk hambanya (Yusuf) berkehendakkan dirinya, sesunggunhnya cintanya (kepada yusuf) itu sudahlah meresap ke dalam lipatan hatinya, Sesungguhnya kmai melihatnya berada di dalam kesesatan yang nyata!” ( Yusuf 12:30)
“Qad syaghafaha hubba!” Itulah ungkapan al-Quran tentang manusia yang dibius cinta. Keinginannya yang membuta tuli itu menyelinap masuk ke seluruh tubuh hingga terangkat segala rasa malu yang selama ini membentang diri daripada perbuatan yang mengundang kerendahan.Inilah yang sedang dialami oleh kawan-kawan kita yang ghairah dengan cinta. Cinta yang bukan sekadar buta,cinta yang bukan sekadar membius kewarasan minda, tetapi cinta yang akhirnya mengheret manusia ke dalam kesesatan yang nyata.
Kesesatan itu yang menjadikan Zulaikha gila. Dia mahu membuktikan bahawa dalam cintanya kepada Yusuf bukan dirinya yang bersalah. Yusuf dan rupa parasnya serta panahan cinta itu yang menggilakannya.Dikumpulkan teman-teman yang mengata itu tadi, untuk mereka pula diuji sihir cinta memandang Yusuf.
“Maka apabila ia (Zulaikha)mendengar cacian mereka,dia pun menjemput mereka dan menyediakan satu jamuan untuk mereka,serta memberi kepada tiap seorang di antara mereka sebilah pisau.Lalu pada ketika itu berkatalah ia (kepada Yusuf) : “keluarlah di hadapan mereka”. Maka ketika mereka melihatnya, mereka tercengang melihat kecantikan parasnya,dan dengan tidak sedar melukakan tangan mereka sambil berkata: “Jauhnya Allah daripada kekurangan!Ini bukanlah seorang manusia, ini tidak lain melainkan malaikat yang mulia”, (Yusuf:31)
Teman-teman yang mengata itu tadi juga terpukau. Bukan sahaja mata mereka tidak dapat lari memandang Yusuf,malah biusan cinta itu menyebabkan mereka melukakan tangan tanpa sedar. Justeru, berhasilah perangkap Zulaikha. Bahawa memang
selama ini mereka yang mengata itu berkata demikian kerana mereka tidak mengetahui
bahana cinta.


“Kini tahulah mereka apa yang menyeksa diriku selama ini”,demikian hati isteri Al-Aziz itu berdetik.
Bagi mereka yang bersungguh memegang iman,ketahuilah bahawa mujahadahmu mencegah diri daripada biusan cinta,harganya boleh sampai ke nilai sebuah PENJARA. Itulah pilihan Yusuf. Tidak tunduk kapada cinta,tidak tunduk kepada paksa,tidak tunduk kepada suasana. Yusuf meminta kepada Allah,andai penjara itu bisa menyelamatkan diri Baginda daripada dosa dan maksiat biusan cinta, PENJARA itulah mohon dikurniakan sebagai jalan keluarnya.

Sunday, October 11, 2009

AnTaRa TUhAN dAn HanTU



Jangan dirosakkan kesediaan anak-anak untuk mengimani Allah. Salah satu cara fitrah itu dirosakkan oleh si ibu dan si bapa ialah apabila kesediaan anak mengimani Tuhan, digantikan dengan Hantu.

“Hee……hantu! Hantu!!” bapa mengacah anak yang bermain di dalam bilik. “Hua…!!” lintang- pukang si anak melarikan dirikerana takutkan hantu.

Biasalah itu. Cara mudah untuk ibu bapa mengawal anak–anak, takutkan mereka dengan hantu. Walhal si anak bukan pernah melihat hantu. Ibu bapa itu pun berkemungkinan besar tidak pernah bertemu hantu. Tetapi entah mengapa, takut benar si anak dengan hantu. Berbakat sungguh si ibu dan bapa menakutkan anak-anak mereka dengan apa yang mereka sendiri tidak pernah lihat,tidak pernah jumpa.

Jika hantu yang tidak pernah ditemui itu boleh digambarkan dengan begitu kreatif oleh ibu bapa dan anak-anak, mengapa mereka tidak kreatif memperkenalkan kepada si anak soal Tuhan. Asyik-asyik hantu. Bagaimana Tuhan?

GHAIB

Sama ada hantu atau Tuhan, kedua-duanya adalah persoalan ghaib. Mempercayai sesuatu yang ghaib itu adalah sulit bagi ahli material, tetapi fitrah bagi yang memahaminya.

“ Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sehingga kami dapat melihat Allah dengan terang (dengan mata kepala kami)” ( AL-Baqarah:55)

Yahudi itu tidak mampu mengimani Allah AWT. Mereka hanya boleh mempercayai apa yang dapat dilihat dengan pancaindera penglihatan mereka. Mereka mahukan Tuhan yang boleh disaksikan oleh mata.
“ Demi sesungguhnya, kafirlah orang-orang yang berkata: ‘Bahawasanya Allah ialah AL-Masih Ibni Maryam’ ( AL-Maidah:17)

Manakala Nasrani pula bertuhankan manusia berjasad yang bernama al- Masih bin Maryam. Kufurlah mereka kerana kepercayaan itu, bahasa al-Masih itu Allah atau anak Allah.

Yahudi dan Nasrani tidak mampu mengimani Allah kerana cacat mereka pada keupayaan mengimani perkara ghaib,sebagaimana sekalian Majusi iaitu istilah syara’ yang merujuk kepada sekalian musyrikin selain Yahudi dan Nasrani.

FITRAH

Lantas kita sampai kepada ingatan Nabi SAW tentang hakikat ini di dalam sepotong Hadis yang sering dibaca:
“Tidaklah lahir seorang bayi melainkan lahirnya dia itu di atas fitrah. Maka kedua ibu bapalah yang menjadikan anak itu Yahudi, Nasrani atau Majusi…” ( Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim dengan lafaz al-Bukhari)

Ibu bapalah yang berperanan menjadikan anak itu mempercayai Tuhan sama ada secara Yahudi, Nasrani, Majusi atau kekal di atas fitrah yang asal dan luhur/

Di sinilah timbulnya perbahasan popular semasa, iaitu bagaimana kita mahu memperkenalkan Allah kepada anak-anak? Seminar demi seminar diadakan dengan maksud mahu menterjemahkan keutamaan akidah kepada Allah sebagai asas utama pendidikan, termasuklah kepada anak-anak.

Jika ibu bapa begitu kreatif memperkenalkan hantu kepada anak-anak, bagaimana pula dengan tanggungjawab mereka memperkenalkan Tuhan?

TAUHID UNTUK SI ANAK

Apakah mahu disulitkan persoalan ini dengan mencari formula menterjemahkan perbahasan Sifat 20 kepada si anak kecil? Apakah mahu dipeningkan persoalan ini dengan mencari formula menterjemahkan perbahasan Rububiyyah dan Uluhiyyah Allah SWT kepada si anak?

Apabila Nabi SAW telah memperingatkan bahawa anak-anak itu lahir di atas fitrah, maka fahamlah kita bahawa sebenarnya keupayaan mengimani Allah SWT oleh anak-anak kecil ini adalah sebahagian daripada fitrah itu. Anak-anak sudah secara fitrahnya bersedia dan mampu mengimani Allah sebagai Tuhan. Itu fitrah mereka.

Maka ibu bapa tidak perlu memeningkan kepala mencari formula mahu menyedarkan si anak kecil tentang apa atau siapa itu Tuhan, kerana anak-anak dengan fitrah mereka sudah pun mengimaninya tanpa kita sedar.Lantas tugas ibu bapa ialah memupuk dan memperkembangkannya, tetapi harus didahului dengan suatu peringatan, JANGAN DIROSAKKAN FITRAH ITU.
Jangan dirosakkan kesediaan anak-anak untuk mengimani Allah. Salah satu cara fitrah itu dirosakkan oleh ibu bapa ialah apabila kesediaan anak mengimani TUHAN, digantikan dengan HANTU.

Maka binalah kepercayaan anak-anak kepada Allah sebagai Tuhan dengan memupuk keyakinan mereka. Sesungguhnya sikap ibu bapa yang lebih banyak menyebut HANTU berbanding TUHAN kepada anak-anak kecil mereka adalah perbuatan yang mendorong anak itu kepada Yahudi. Nasrani juga Majusi. “Eee… Abi takut Tuhan!” kan lebih sedap dan fitrah bunyinya!

Hakikat...

Hakikatnya yang paling murah adalah dunia

Sesuai dengan sabda Baginda S.A.W yang bermaksud: Seandainya dunia ini senilai dengan sayap nyamuk di sisi Allah, nescaya Allah tidak akan memberi minum kepada orang kafir walaupun seteguk.” (Hadis hasan sahih riwayat Al-Tarmizi)
Tetapi hakikatnya dunia ini adalah murah dan Allah memberinya kepada sesiapa saja yang Dia kehendaki. Ramai yang menjadi korban kerana dunia dan hanya sedikit yang memanfaatkannya untuk akhirat.

Hakikatnya yang paling bernilai adalah Syurga Allah

Suatu hari Khalifah Umar bin Abdul Aziz berkata sambil mengenang nikmat Allah yang terlalu banyak untuknya: “Dahulu aku bermimpi mahu mengahwini sepupuku,anak khalifah,lalu aku mengahwininya. Kemudian aku berazam menjadi gabenor Madinah supaya tertegak yang makruf dan aku berjaya mendapatkannya. Kemudian aku bercita-cita menjadi Khalifah yang adil dan Allah mengurniakannya. Kini aku hanya inginkan Syurga tertinggi dan aku tidak tahu sama ada aku berhasil mendapatkannya atau sebaliknya.

Hakikatnya yang paling berharga adalah kaya jiwa

Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Bukanlah kekayaan dinilai daripada melimpahnya harta.Tetapi kekayaan yang sebenar adalah kaya jiwa.”
( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)





Friday, October 9, 2009

Petua Kecantikan


Anda ingin kelihatan lebih cantik??
Apakata jika anda sertai diri dengan make up traditional yang dianjurkan oleh Salun Kecantikan Nur Kasihmu..

1) Jadikanlah ‘Ghaddul Basar’ sebagai hiasan mata,nescaya mata andaakan kelihatan lebih bening dan jernih buat selama-lamanya.

2) Oleskan ‘Lipstik Kejujuran’ pada bibir, nescaya bibir anda semakin manis dan memikat hiti semua orang

3) Gunakan ‘Pemerah Pipi’ dengan kosmetik diperbuat daripada rasa malu, nescaya pipi anda akan kelihatan bersih dan suci serta menyenangkan hati semua orang.

4) Gunakan ‘Sabun Istighfar’ yang amat mujarab bagi menghilangkan dosa dan kesalahan yang dilakukan, nescaya anda akan lebih berseri, memikat dan menyenangkan hati semua orang.

5) Rawatlah rambut dengan ‘Jilbab Islami’ yang dapat mengelakkan dari pandangan ajnabi, nescaya rambut anda kelihatan lebih bermaya dan menawan.

6) Hiasilah kedua tangan dengan ‘Gelang Tawadhu’ dan jari-jemari dengan ‘Cincin Ukhuwwah’nescaya tangan serta jari anda lebih manis dan cantik.

7) Kalungkan leher dengan ‘Kalung Kesucian’ nescaya anda akan lebih berseri.

8) Bedakkanlah wajah anda dengan ‘Air Wuduk’ nescaya wajah anda akan lebih bercahaya dan anggun walaupun anda telah mengembara ke Akhirat.

…..sELaMAt MeNcuBa….

Kisah Kasih

Pada suatu petang, seorang bapa yang sudah tua bersama anaknya yang baru menamatkan pendidikan tinggi duduk berbual di halaman rumah mereka. Tiba-tiba seekor burung murai hinggap di ranting pokok berhampiran.

Si ayah menuding jari ke arah Murai sambil berkata:” Nak..apakah bendanya itu? “Burung Murai”,jawab si anak.

Si ayah mengangguk-angguk, namun sejurus kemudian sekali lagi si ayah mengulangi soalan yang sama.Si anak menyangkakan ayahnya kurang mendengar jawapannya tadi lalu menjawab dengan sedikit kuat:”Itu Burung Murai ayah”.

Tetapi sejurus kemudian si ayah bertanya lagi soalan yang sama.Si anak merasa agak keliru dan sedikit runsing dengan soalan yang berulangkali itu,lalu menjawab dengan nada suara yang lebih tinggi,”Burung Murai!!”.

Si ayah terdiam seketika.Namun tidak lama kemudian sekali lagi mengajukan soalan yang serupa sehingga membuat si anak hilang sabar dan menjawab dengan nada yang hendak tak hendak melayan si ayah” Murai la ayah….”.

Namun sekali lagi si ayah membuka mulut hanya untuk bertanyakan soalan yang sama.Tetapi kali ini si anak benar-benar hilang sabar dan menjadi marah.”Ayah!! saya tak tahu sama ada ayah faham atau tak apa yang saya cakap tadi tu!!”.

“Ayah…dah 5 kali ayah tanya soalan yang sama..saya pun dah penat nak jawab.. apalagi yang ayah mahu saya katakan?Itu Burung Murai…Burung Murai la..”, kata si anak dengan nada mendatar.

Si ayah terus bangun meninggalkan si anak yang terpinga-pinga.Sejurus kemudian, si ayah keluar semula dengan sesuatu di tangannya, rupa-rupanya ia sebuah diari lama, kemudian dia menghulurkan diari itu kepada anaknya, “Cuba kau baca apa yang ayah pernah tulis kat diari tu..”,pinta si ayah.
Si anak hanya mengikut perintah ayahnya walaupun di wajahnya terlukis seribu pertanyaan…<<.Hari ini aku di halaman rumah melayan karenah anak lelakiku yang berusia 5 tahun,tiba-tiba seekor Burung Murai hinggap di dahan pohon berhampiran..anakku terus menunjuk ke arah Murai dan bertanya..”Ayah..apa itu? Lantas aku menjawab,’Burung Murai”.Walaubagaimanapun, anakku terus bertanya soalan yang serupa dengan jawapan yang sama sehingga 15 kali. Demi cinta dan sayangku padanya,aku terus menjawab soalan tersebut untuk memenuhi perasaan ingin tahunya.Aku berharap ia menjadi satu pendidikan yang berharga.>>

Setelah selesai membaca petikan tersebut, si anak mengangkat muka memandang wajah si ayah yang kelihatan sayu.Si ayah dengan perlahan bersuara”Hari ini ayah telah bertanya kepada kamu soalan yang sama sebanyak 5 kali tapi kau dah hilang sabar dan marah”..si anak menundukkan pandangan kerana merasa malu dan kesal dengan sikapnya yang tidak menghormati ayahnya.

Wednesday, October 7, 2009

SaLAm AiDiLFitRi


Lisan kadang-kadang tak terjaga,janji kadang-kadang tak tertunai,hati kadang-kadang berprasangka,sikap kadang-kadang menyakitkan,hidup menjadi indah andai saling bermaaf-maafan..Salam Aidilfitri 1430 H..Mohon Maaf Salah Silap, Zahir mahupun Batin..terutama kepada ayahanda dan bonda tercinta ,serta keluarga, sahabat-sahabat serta penjenguk blog ini terutamanye Puan Rawiyah.. tutor Nusus Wassulukiyyat yang dikasihi..kullu 'am wentum bikhair..

Adakah lagi Ramadan buatku?


Daripada Jabir bin Abdullah radhiallahu’anhuma:

أن النبي صلى الله عليه وسلم رَقَى المِنبر فَلما رَقَى الدَّرجة الأُولى قال : ( آمِين ) ثُم رَقى الثَانية فَقال : ( آمِينَ ) ثُم رَقى الثَالثة فَقال : ( آمِينَ ) فقالوا : يا رسول الله سَمعنَاك تَقولُ : ( آمينَ ) ثَلاث مَرات ؟ قال : ( لَما رَقيتُ الدَّرجةَ الأُولى جَاءِني جِبريلُ صلى الله عليه وسلم فَقال : شَقي عَبدٌ أَدركَ رمضانَ فانسَلخَ مِنهُ ولَم يُغفَر لَه فَقلتُ : آمِينَ ، ثُم قَال شَقي عَبدٌ أَدرك والدَيهِ أَو أَحدَهُما فَلم يُدخِلاهُ الجنَّةَ . فَقلتُ : آمينَ . ثُم قَال شَقي عَبدٌ ذُكرتَ عِندهُ ولَم يُصلِ عَليك . فَقلتُ : آمينَ )

Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam naik ke atas mimbar kemudian berkata, “Amin, amin, amin”.

Para sahabat bertanya.”Kenapa engkau berkata amin, amin, amin, wahai Rasulullah?”

Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Telah datang malaikat Jibril dan ia berkata :

‘Celaka seseorang yang masuk bulan Ramadhan tetapi keluar dari bulan Ramadhan tidak diampuni dosanya oleh Allah dan katakanlah amin!’, maka aku berkata : ‘Amin’.

Kemudian Jibril berkata lagi. ‘Celaka seseorang yang mendapatkan kedua orang tuanya atau salah seorang dari keduanya masih hidup tetapi itu tidak memasukkan dia ke syurga dan katakanlah amin!’ maka kukatakan, ‘Amin’ “.

Kemudian Jibril berkata lagi.’Hai Muhammad celaka seseorang yang jika disebut nama engkau namun dia tidak bershalawat kepadamu dan katakanlah amin!’ maka kukatakan, ‘Amin’.”

[Dikeluarkan oleh Imam al-Bukhari di dalam Adab al-Mufrad dan dinilai Sahih Lighairihi oleh al-Albani di dalam Sahih Adab al-Mufrad – no: 644]

Wahai Tuhan Yang Maha Pengampun Lagi Suka Mengampunkan, Ampunkanlah Dosa-Dosa Kami!

Wahai Tuhan Kami, Sesungguhnya Kami Sangat Menzalimi Diri Kami Sendiri, Dan Sekiranya Engkau Tidak Ampunkan Kami DanTidak Rahmati Kami, Maka Jadilah Kami Ini Dikalangan Orang-Orang Yang Rugi..

Mengisi kemerdekaan Tanggungjawab Bersama


Memaknai Erti Kemerdekaan

Kemerdekaan yang dibawa oleh Nabi Muhamad SAW ialah pembebasan manusia daripada mengabdikan diri kepada makhluk kepada hanya mengabdikan diri kepada Allah SWT. Itulah makna kemerdekaan yang sebenar.

Oleh kerana itu, Nabi kita Muhamad SAW dalam perjuangannya yang pertama menentang jahiliah Arab. Bukan jahiliah bangsa lain sehingga berjihrah ke Madinah mendirikan Negara Islam.

Sebuah Negara yang berlandaskan kepada pengabdian diri kepada Allah Ta’ala yang membawa keadilan mutlak kepada seluruh manusia.

Bukan sahaja kepada penganut Islam bahkan, juga kepada penganut-penganut agama lain yang bernaung di bawah pemerintahan Islam. Selepas itu, Nabi kita Muhamad SAW datang ke Mekah untuk membebaskan Mekah daripada kuasa jahiliah.

Pembebasan Mekah bukan kerana dijajah oleh penjajah asing Rom dan Parsi. Tetapi dijajah oleh jahiliah Arab dari kalangan kaum keluarga Nabi SAW. Sehingga Mekah dibebaskan dan itulah kemerdekaan sebenar.

Itulah kemerdekaan yang dibawa oleh Nabi Muhamad SAW. Kemerdekaan inilah yang didokong oleh perjuangan Islam.

Kita menentang penjajah asing bukan kerana nama asingnya. Tetapi kerana mereka membawa satu fahaman yang mengabdikan diri kepada makhluk dan bukan mengabdikan diri kepada Allah SWT. Kita halau mereka bukan kerana nama dia asing tetapi kerana mereka membawa suatu ajaran sesat yang menyeleweng dari petunjuk Allah SWT.

Walau pun, negara kita telah dikatakan mencapai kemerdekaan sejak 52 tahun tetapi warisan penjajah masih lagi wujud. Bertapak dan berakal umbi di dalam masyarakat kita.

Oleh kerana itu, kita menganggap isu perjuangan kemerdekaan belum lagi selesai.

Meriah..sambutan hari kemerdekaan mahasiswa USIM





Alangkah peliknye kite..

Pelik yea,duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid,tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.
Pelik yea,30minit terasa begitu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknye waktu itu untuk satu cerita komedi.
Pelik yea,betapa lamanye satu jam berada di dalam masjid,tapi betapa cepatnye dua jam masa berlalu saat menonton wayang di panggung.
Pelik yea, tak sampai 30minit dengar khutbah jumaat,dah rasa jemu tapi tak pernah puas dengar lagu kesukaan kite walaupun dah ulang dua tiga kaset berkali-kali.
Pelik yea,ramai orang berebut paling depan untuk menonton konsert artis kesukaan mereka tetapi berebut cari saf paling belakang bila solat jumaat supaya boleh cepat keluar.
Pelik yea,rasa susah sungguh untuk habiskan Al-Quran walau 1 halaman,tapi novel best-seller 300 halaman atau majalah hiburan habis dibaca berulangkali.
Pelik tak kite???.......
Tepuk dada....tanyelah hati dan iman!!!

Shape Of Our Heart

Teachers,
You like a tree
that suffered us
you guiding us
when we are a finding
a reality of live
in this fantasy world

Teachers,
You teaching us with your heart and soul
you take care of us like our mum and dad
because of the future that is dream together

Teachers,
You are the shape of our heart
that bring the love with you

Teachers,
You are the shape of our heart
the person that bring us
from the stupid world
to the clever world
you teaching us to be
an intelligent and intellectual person
thank you teacher for all

Renungan Bersama....

Pada kali pertama solat jumaat hendak didirikan di Konstantinopel(Istanbul),timbul pertanyaan siapakah yang layak menjadi imam.Muhammad Al-Fateh memerintah semua tentera termasuk dirinya untuk berdiri.Baginda pun lantas berkata:"siapa di antara kamu sejak balighnya hingga ke saat ini pernah meninggalkan sembahyang fardhu,sila duduk!"tiada seorang pun yang duduk, menandakan tiada seorang pun dalam kalangan mereka yang pernah meninggalkan solat fardu semasa hayat mereka.

Muhammad Al-Fateh berkata lagi:” Siapa di antara kamu yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan sembahyang Sunat Rawatib, sila duduk!” kali ini, sebahagian daripada tenteranya duduk.

Muhammad Al-Fateh meneruskan pertanyaan untuk kiali ketiga:’Siapa dalam kalangan kamu yang sejak baligh hinga saat ini pernah meninggalkan sembahyang Tahujjud,sila duduk!” kali ini semua tenteranya duduk kecuali seorang iaitu Muhammad Al-Fateh sendiri.Dialah orang yang tidak pernah meninggalkan solat fardu,solat Rawatib,solat Tahajjud sejak umurnya baligh.Beliau merupakan anak didik Shamsuddin AL-Wali dan ketua yang disyaratkan oleh Rasulullah S.A.W

أمي

أمي درة حياتي
حنونها واسع
حبها كامل
معاملتها حسنة
كلامها شفاء
قلبها رحمة
حياتها سعيدة
تربيتها بالألفة والمحبة
صبرهاصبر
وجهها بارد
هي كرامتي وعزتي

Friday, October 2, 2009

شباب الإسلام

أيها الشباب
توجهوا إلى الأمام
نجاهد في سبيل الرحمن
لإقامة شعار الإسلام
لأن الأن الأمة الإسلامية
تحت مملكة الكفار الظالمين
التزموا يا شباب الإسلام
بدين الله رجاء رضاه
فاستقيموا بجماعتها

واستعدوا في سبيل الجهاد

ALLAH knows Best!!!

Allah knows what is best for us
So why should we complain??
We always want the sunshine
But Allah knows there must be the rain
We always want the laughter
And the merriment of cheer
But our heart will lose their tenderness
If we never shed a tear
Allah test us often
With suffering and sorrow
Allah test us not to punish us
But to help us meet tomorrow
So whenever we are down
And whenever we feel that everything
Is going wrong
It is Allah’s way
To make our spirit strong!!