Wednesday, October 7, 2009

Renungan Bersama....

Pada kali pertama solat jumaat hendak didirikan di Konstantinopel(Istanbul),timbul pertanyaan siapakah yang layak menjadi imam.Muhammad Al-Fateh memerintah semua tentera termasuk dirinya untuk berdiri.Baginda pun lantas berkata:"siapa di antara kamu sejak balighnya hingga ke saat ini pernah meninggalkan sembahyang fardhu,sila duduk!"tiada seorang pun yang duduk, menandakan tiada seorang pun dalam kalangan mereka yang pernah meninggalkan solat fardu semasa hayat mereka.

Muhammad Al-Fateh berkata lagi:” Siapa di antara kamu yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan sembahyang Sunat Rawatib, sila duduk!” kali ini, sebahagian daripada tenteranya duduk.

Muhammad Al-Fateh meneruskan pertanyaan untuk kiali ketiga:’Siapa dalam kalangan kamu yang sejak baligh hinga saat ini pernah meninggalkan sembahyang Tahujjud,sila duduk!” kali ini semua tenteranya duduk kecuali seorang iaitu Muhammad Al-Fateh sendiri.Dialah orang yang tidak pernah meninggalkan solat fardu,solat Rawatib,solat Tahajjud sejak umurnya baligh.Beliau merupakan anak didik Shamsuddin AL-Wali dan ketua yang disyaratkan oleh Rasulullah S.A.W

No comments:

Post a Comment